Saturday, June 20, 2009

Sotong Cili Kering


Bahan-bahannya

500 gm sotong

3 ulas bawang merah (dihiris)

3 ulas bawang putih (dihiris)

2 inci halia muda (dihiris halus)

10 – 15 tangkai cili kering (dipotong kecil)

1 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

sedikit minyak untuk menumis

sedikit ladah sulah

garam secukupnya

 

Cara memasaknya

Potong sotong ke saiz kecil (boleh dipotong cincin atau potong saiz seinci). Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering, sehingga cili kering menjadi garing.

Masukkan sotong, sos tiram & kicap pekat. Gaul hingga sebati. Tunggu sehingga air sotong menjadi sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar, garam dan lada sulah sebagai penambah perisa.

Sekiranya anda suka masakan yang lebih pedas, tambahkan cili kering mengikut citarasa anda. Selamat mencuba. 

Thursday, June 18, 2009

Kari Kambing Yogurt


Bahan-bahan

800g daging kambing (dipotong kecil-kecil)

2 sudu besar yogurt

2 inci halia (ditumbuk lumat)

4 biji bawang besar (dihiris)

1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

1 sudu teh gula

garam secukup rasa

2 sudu besar minyak masak

3 sudu besar rempah kari daging

1 sudu teh jintan manis

5 cm kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

4 - 5 cawan air

10 biji bawang merah (dikupas dan dibiarkan bulat-bulat)

5 batang cili hijau (dibelah 2)

4 biji tomato (dibelah 8)

 

 Cara memasaknya

Perap daging kambing dengan yogurt, halia, bawang putih, 2 biji bawang merah yang dihiris, lada hitam, garam dan gula semalaman (Tapi kalau nak cepat, paling kurang 5 jam)

Panaskan minyak dan tumis jintan manis, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masukkan lebihan bawang besar yang dihiris (2 biji) dan biarkan sehingga naik bau dan garing . Campurkan daging kambing yang telah diperap dan kacau rata-rata.

Masukkan air dan rempah kari, kacau sehingga rempah sebati dengan kambing. Didihkan sehingga daging empuk. Kecilkan api dan masukkan bawang merah, tomato dan cili hijau. Renihkan selama 10-15 minit atau sehingga kuahnya pekat dan hampir kering.

Pastikan garam secukup rasa sebelum dimatikan api. Hidangan untuk empat orang.